Penderitaan Ketika Menagih dan Sesudah BerhentiDari bulan Mei, saya menghubungi Tuan Hafney untuk menyampaikan ceramah kepada anak didik saya di Bangi Lama.
Namun hanya hari ini (21 Mei 2010), ianya menjadi kenyataan. Kerana beliau sedang sibuk bergerak dengan satu kaki ke seluruh Malaysia untuk menyampaikan ceramah di pusat2 serenti.
Walaupun kali ini, ceramah beliau terpaksa disampaikan sambil duduk, tidak lagi berdiri dek kerna kakinya kananya dipotong, namun keindahan jalan cerita, ketebalan pengajaran yang sarat dengan hikmah, tidak boleh menipiskan semangat pendengar untuk terus menjadi audien hingga tamatnya program.
Mengawali ceramah, "malam tadi saya bangun jam 4, memikirkan... apakah bahasa yang akan saya gunakan hari ini, kerana audien saya hari ini ialah murid sekolah rendah tahun 5 dan 6. Saya biasa berceramah didepan mahasiswa, pelajar universiti, pensyarah dan Menteri, tetapi dengan budak sekolah, ini baru kali pertama.
Kisah Hidup Hafney sebagai Penagih, Fasa PraPenagihanBermula dari usia 12 tahun, ketika di sekolah rendah, awalnya dirinya berjinak-jinak dengan rokok. Sampai ke tingkatan 1, perangai nakal terbawa-bawa dan semakin menjadi-jadi. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menjadi penagih dadah yang bangsat. Sehingga dikatakan membawa sial ke dalam keluarga.
Bersambung...sedang edit lagi