Sunday, May 23, 2010

Tahniah : Bengkel Keibubapaan



23 Mei 2010. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ibu bapa yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi anak, sanggup hadir dan duduk di dalam dewan ini selama 5 jam tanpa bergerak.

Sekalung penghargaan juga buat penceramah jemputan, En.Bahrin bin Sabar dan En.Salim bin Puteh yang telah sama-sama menyampaikan ceramah tadi.

Dalam program setengah hari ini, ibu bapa diminta melukis wajah pasangan masing-masing dan tuliskan 3 sebab kenapa anda memeilih si dia sebagai pasangan hidup anda.


Sementara itu, para pelajar diminta menulis surat wasiat. Sebelumnya mereka diminta menulis semua kata-kata ibu bapa yang menyebabkan mereka sakit hati, yang sifatnya tidak layak didengar dan disebut.

Kami dapati ada kalimat yang sering juga di biasakan oleh bapa, antaranya, anak haram, bodoh, bengap, bodoh, anak sapa kau ni ha?, Malas sekolah, kahwin dengan Bangla. Penceramah mengingatkan agar berhenti dari menggunakan kata-kata itu lagi. Sebab ayahlah, ada anak sampai membunuh diri.



Sebahagian ibu bapa cemerlang yang hadir.




En.Bahrin dan Cikgu Hisham sempat bersama dalam rombongan ke Vietnam 2008

Bagi yang tidak hadir...tapi ingin mendengar ceramah ini...sila klik disini

Terima Kasih atas Respon dari En.Hanafiz Burhanudin

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan bengkel keibubapaan.saya sebagai seorang bapa sangat terharu /gembira kerana dijemput menghadiri bengkel tersebut walaupun duduk selama 5jam tanpa rehat tetapi objektif bengkel ini insyaallah sampai kepada murid-murid,ibubapa secara tak langsung kepada guru sekali.tahniah diucapkan sekali lagi,saya berharap program ini akan diadakan lagi bagi mengingatkan kita yang selalu lupa dengan KEBESARANNYA.




No comments:

Post a Comment