Monday, January 5, 2009

Yuran 2009 : Info


Suasana Hari Pertama

Menunggu kepulangan anak tersayangDi luar pintu pagar, keadaan sesak dengan kenderaan bertali arus. Laluan waktu puncak menjadi satu hala dari jalan besar ke Stesen Komuter Bangi. Semoga perjalanan anda lancar dan cepat tiba ke rumah
Suasana ibu bapa menunggu anak diluar pintu pagar
Anak-anak berlari untuk mendapatkan penjaga mereka, awas....disini sering murid terjatuh andai licin waktu berlari.
Sesak dan padat
Ada bapa yang terlambat sampai, hingga anak mereka menangis, mungkin terperangkap di dalam perjalanan
Kami memohon kerjasama daripada semua pengguna jalan raya dilaluan Sekolah Kebangsaan Bangi agar mengikuti ketetapan one way @ jalan satu hala pada waktu puncak. Antara waktu puncak ialah ketika pergi dan balik sekolah sesi pagi dan petang. Baca lagi

Saturday, January 3, 2009

Selamat Pengantin Baru Ustaz Suzrie






04 Januari 2009. Seorang guru agama Sekolah Kebangsaan Bangi sempat melangsungkan majlis perkahwinan beliau hari ini dihalaman rumahnya di Rinching Hilir. Beliau Ustaz Suzrie bin Khosim bertemu jodoh dengan seorang doktor.

Kelihatan ramai kelibat kenalan dan guru yang hadir termasuk PAR sekolah iaitu En.Tumirin bin Yatim. Kepada Ustaz Suzrie dan pasangan, kami doakan hidup bahagia, hingga ke akhir hayat, menyambung warisan dunia dengan zuriat yang soleh dan solehah. Penulis sempat bertemu dengan Cikgu Faizan dan keluarga, cikgu Asnah,Ustazah Nurmi, Cikgu Zulhaimi, Cikgu Zamilah dan suami, Ustazah Lasminah dan keluarga, mantan AJK PIBG dan ramai lagi.

Thursday, January 1, 2009

Hari Pertama 2009

02 Januari menyaksikan sekali lagi SK Bangi menerima ledakan murid. Kalau tahun 2008 hanya 1,700 orang murid, namun kini mencecah 2000 orang lebih. Hari ini ibu dan bapa datang mendaftarkan anak mereka tahun satu. Hingga kini kelas tahun satu mencapai 11 buah.

Proses penyaringan akan diadakan sekali lagi. Dimana semua murid tahun satu akan menghadapi ujian. Hasil ujian ini mereka akan dibahagikan kepada kelas yang sebenar. Berikut beberapa catatan yang sempat lensa syber shoot merakam detik-detik sejarah 02 Januari.
Suasana pagi, ibu dan bapa sibuk mencari kelas untuk anak mereka, sementara guru sibuk memberikan arahan awal. Ada yang tak jumpa-jumpa senarai nama anak mereka masuk kelas mana, dari awal tahun daftar, sampai sekarang tak ada, katanya. Ini warning simpton awal bermulanya masalah-masalah di depan.
Suasana gembira, takut dan macam-macam ada pada anak-anak ini. Ibu bapa yang mempunyai kamera tidak ketinggalan merakam detik-detik indah nan bersejarah dalam hidup anak mereka ini. Harapnya bila besar jadi manusia yang berguna.
Masih ada yang tidak dapat makluman dimana kelas anak mereka. Surat yang patut sampai tak sampai, alamat yang ditulis kadang-kadang posmen tak jumpa pun nak cari, akhirnya dihantar ke sekolah semula.
Murid dibawa masuk ke kelas dan guru memperkenalkan diri kemudian mengagihkan buku kerja. Ada yang menangis hari ini rupanya. Biasalah..... guru dah faham situasi sebegini.
Cikgu Shazlina dan Cikgu Nazatul (kiri), bersemangat menginjak tahun baru 2009
Beginilah suasana di tahun satu. Sebelah kanan ini bangunan yang baru siap 2008.
Dan ini bangunan baru yang siap dua 3 hari lepas........pasang siap. Ops kunci tak ada lagi. Sekejap saya pergi mendapatkan kuncinya.
Guru lelaki sedang memunggah meja untuk dimasukkan ke kelas paling hujung ini. Guru memang kena ada kat sini, tujuan untuk menjaga murid-murid.
Ustaz Suzrie dan seorang guru baru pindah sedang memusing meja.
Dah seatle, meja sudah diletak tetapi kerusi masih belum ada
Test kipas dan lampu. Wau kipas ada 6 semuanya.

Ops, tiba-tiba Pegawai PPD Daerah Hulu Langat muncul, En.Ismail bin Musa, beliau meninjau bangunan baru. Bila ditanya berapa buah sekolah yang menghadapi saat getir seperti ini? Katanya ini jelah. Tak ada sekolah lain lagi yang macam ni.

Berbincang dengan Puan Guru Besar, macam mana nak buat ni, bangunan segera dah ada, kerusi pun cukup, tapi meja yang tak sampai lagi.Kawasan ini baru ditarah, tanah masih tidak berumput dan tidak berpagar. Sebelah kiri ini ialah jalan raya, awas jangan main di sini.
Meninjau kawasan belakang bangunan baru, masih belum selesai sepenuhnya dan masih belum berpagar. Harap anak-anak tidak mendekati kawasan ini, kerana letaknya di tepi jalan raya besar.

Thursday, November 13, 2008

Tahniah SKB : UPSR

Tahniah kepada semua guru-guru tahun 6 dan semua guru-guru SK Bangi. Keputusan tahun ini 5A 20 orang. 4A 1 B 23 orang dan 4A 1C 1 orang.

Tuesday, November 4, 2008

Maklum Balas dari Ibu Murid


Terima kasih cikgu di atas maklumat yg sungguh bermakna. Kerjasama dari cikgu amat saya hargai.

Saya cuma ingin membuat teguran tentang pengawal keselamatan lelaki (saya tak pasti berapa orang pengawal lelaki yang dilantik oleh pihak sekolah) yg merokok secara terbuka pada pagi 3 Nov 2008 pukul 7.20 pagi. Ketika itu, saya menghantar anak saya ke sekolah dan sungguh terkejut dengan 'keterbukaan' yang telah ditunjukkan oleh beliau. Pada masa tersebut, beliau berdiri di luar pagar sekolah setentang dengan pos pengawal. Saya juga terfikir, adakah kerana dia merokok di luar kawasan sekolah, ianya boleh dimaafkan. Kebetulan, pada masa tersebut trafik sungguh sibuk dengan ibu bapa yg menghantar anak masing2, van dan bas sekolah juga lalu lalang. Saya rasa tidak manis anak2 kita melihat tingkah laku pengawal keselamatan tersebut.

Namun, saya serahkan kepada budi bicara cikgu dan pihak sekolah. Terima kasih.

Saturday, November 1, 2008

Bahan Masukan Mesyuarat PIBG

1 NOVEMBER 2008. BANGI SK Bangi. Satu mesyuarat AJK PIBG telah di adakan seusai tamatnya program gotong-royong. Terima kasih kepada semua ibu dan bapa, juga hadirin yang telah sudi hadir untuk membantu menceriakan sekolah ini yang telah berusia 84 tahun.





Berikut saya siarkan beberapa isi mesyuarat yang saya kira boleh untuk dikongsi bersama. Maklum anda diluar yang tidak berstatus AJK tidak dapat mengikuti secara langsung mesyuarat ini. Namun saya tahu, anda juga seorang yang hebat bahkan kadang-kadang ada parents yang lebih hebat dari guru-guru dan Ajk sedia ada, Cuma belum terpilih sebagai anggota PIBG. Tidak mengapalah, namun sumbangan anda berupa idea dan keringat serta wang ringgit tetap dihargai.



RESULT UPSR



Kemungkinan besar keputusan UPSR tahun ini boleh di ketahui selewatnya 13 November 2008 iaitu pada hari Khamis. Anda yang suka merakam detik indah, jangan lupa bawa kamera, kalau belum ada kamera dan berhasrat nak beli, eloklah beli yang SLR punya, walaupun sedikit mahal, tetapi berbaloi. Kenapa saya kata demikian, sebabnya pada hari tersebut, bermacam ragam mak ayah dan anak-anak kita yang dapat 5A dan 4A boleh kita lihat berlaku secara semulajadi. Dan detik itu tidak akan berulang lagi walau seribu tahun akan datang. Tangisan kegembiraan mereka memberi satu semangat baru yang luar biasa kepada kita semua.



TUISYEN MALAM

Kemungkinan juga tahun depan kelas tambahan akan di adakan pada waktu malam, selama 2 malam pada hari persekolahan. Perkara ini akan dibincang pada mesyuarat dengan ibu bapa murid Tahun 5, dimana mereka akan meningkat ke tahun 6 pada 2009.



Perjumpaan dengan ibu bapa akan dipercepat ke tahun ini, tidak sebagaimana biasa, kita adakan pada bulan 1, 2 dan 3. Ini kerana, memandangkan banyak perkara yang perlu kita bincang dan buat keputusan segera untuk tindakan pada tahun hadapan. Ada yang bertanya… kenapa panggil mak ayah tahun 5? Ya lah, mereka kan akan jadi mak ayah Tahun 6 akan datang.



SURAU



Wang terkumpul dalam simpanan sebagaimana yang dilaporkan oleh bendahari PIBG bagi tujuan surau ialah RM3,000.00. manakala di tangan Cuma RM1,000.00. baki yang lain telah pun diguna untuk keperluan tertentu berkaitan pembinaan surau juga. Setakat ini, pihak sekolah tidak boleh membuat kutipan rasmi, ini kerana plan secara terperinci yang dikehendaki oleh pihak atasan belum siap. Kalau nak siapkan plan itu kena bayar dulu RM5,000.00. sekarang yang dah ada RM4,000. Berbaki RM1,000 lagi. Lepas ni, kalau plan tersebut dah seatle, kita boleh buat pungutan rasmi. Saya rasa tuan-puan yang membaca laporan ini boleh memanjangkan hasrat ini, terutama untuk mengumpul dana sebanyak RM1,000 lagi.



Ada AJK bertanya, kenapa susah sangat? Surau Sri Putra dah siap pun? Guru Besar menjawab, ini kerana mereka (pihak berkuasa) telah menggazetkan bahawa bangunan surau ini milik sekolah, jadi mereka tak mahu kerja kita separuh jalan. Lainlah kalau surau ini diambil alih oleh pihak JKR. Ada usaha untuk membawa perkara ini kepada pihak JKR, namun mereka menolaknya.



BUKU TEKS.

Murid-murid telah pun di arahkan menghantar buku teks tahun ini dan mengambil buku teks untuk tahun depan pada minggu depan juga. Sesiapa yang tidak hadir ke sekolah dalam minggu-minggu terakhir ini, kemungkinan besar kalau tak cukup buku, mereka lah yang akan menerima nasibnya. Jadi mohon, untuk mengelak masalah tak dapat buku teks, sila hadir pada minggu-minggu terakhir ini. Dan sila jaga buku tersebut dengan baik, banyak buku kelihatan masih baru nampaknya tadi. Bagi yang hilang buku, mereka kena ganti buku baru atau bayar mengikut harga buku tersebut.









PERPINDAHAN KE SK SRI PUTRA

Seramai 800 orang murid yang beralamat di Sri Putra dan Bukit Mahkota dicalonkan sebagai murid yang bakal berpindah ke sekolah pertama RMK 9. Namun tidak dapat dipastikan, apakah sekolah itu benar-benar boleh beroperasi pada Januari 2009. Kita tunggu saja. Yang pasti hanya tahun 1 hingga tahun 5 sahaja yang akan memulakan belajar di sana.



Sementara itu, SK Bangi pula terpaksa meminda jadual sesi persekolahan anak anda. Ini berikutan untuk menyesuaikan dengan mata pelajaran J-Qaf. Tahun 1,2 dan 3 akan belajar pada sesi petang, manakala 4, 5 dan 6 akan belajar di sesi pagi.



MASALAH DISIPLIN

Tidaklah ada perasaan malu yang besar untuk berkongsi cerita pasal disiplin murid. Saya sebagai guru bimbingan dapati, mereka yang terlibat ini bukanlah murid yang tak baik, Cuma mereka nakal sikit. Biasalah tu, sekolah mana pun ada. Seramai 12 orang murid didapati mencoba hisap rokok dikawasan sekolah. Mereka telahpun dipanggil oleh guru disiplin, dan sebagai tindakan susulan, pihak sekolah akan memanggil ibu dan bapa, untuk memaklumkan sahaja perkara ini. Jangan pula marah pada anak, mereka sebenarnya bukan nak merokok, tapi kawan yang ajak. Saja cuba-cuba try test. Rasanya pihak sekolah perlu menyampai hal ini pada ibu dan bapa. Andai ada yang tidak terima dan marah-marah, itu kita tak ambil pusing lah. Kita bersedia untuk itu.

OK lah, saya harap tuan puan yang baca laporan ini boleh buat sesuatu yang terbaik untuk anak kita. Saya doakan anda semua dalam keadaan sihat dan panjang umur. Amin



http://norish77.blogspot.com

http://sekolahkebangsaanbangi.blogspot.com