Monday, May 17, 2010

Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah

Sekolah Kebangsaan Bangi akan mengadakan program seperti di atas :

Tarikh : 21 Mei 2010
Sasaran : Murid tahun 5 dan 6
Jam : 8.30 - 10.40
Tempat : Dewan Sekolah
Penceramah : En.Hafney Abd Rahim. Pengerusi PENDAMAI Malaysia

Lagi gambar hari Guru





Sunday, May 16, 2010

Sambutan Hari Guru 2010 di SKB


BANGI 16 Mei 2010. Sekolah Kebangsaan Bangi hari ini menyambut hari guru. Pelbagai acara disediakan, antara yang menghiburkan ialah persembahan dari guru wanita.

Majlis jamuan untuk para guru dan saling bertukar hadiah di adakan di Hotel Presscot Kajang pada petangnya. Terima Kasih kepada Ajk PIBG yang hadir, begitu juga dengan pihak YIK sebagai pembekal barangan utama ke sekolah yang turut menaja makanan hari ini.

Saturday, May 15, 2010

Thursday, May 13, 2010

Selamat Hari Guru 2010

Sambutan Hari Guru akan diadakan pada 16 Mei 2010


Wednesday, May 12, 2010

Anugerah Bekas Pelajar SK Bangi

Pihak ADUN Bangi telah bersetuju untuk mengadakan program penyampaian anugerah kepada bekas pelajar sekolah ini yang mendapat 5A dalam UPSR tahun 2009.


Sunday, May 2, 2010

Latihan Kecemasan Kebakaran

BANGI. 30 April 2010. Murid-murid Sekolah Kebangsaan Bangi hari ini menjalani sesi latihan kecemasan menghadapi kebakaran.

Semua Guru-guru, staf sokongan, pekerja swasta dan pihak JAGA telah memberikan kerjasama yang baik.Tepat jam 11.15 loceng kecemasan dibunyikan sebanyakn 3 kali. Di ikuti bunyi siren kecemasan dari bilik pejabat.

Murid-murid bergegas ke padang perhimpunan bersama dengan guru-guru. Taklimat kemudian disampaikan oleh Cikgu Noorhisham selaku guru sekolah selamat.


Latihan ini perlukan dijalankan untuk mendedahkan kepada murid, apakah langkah-langkah yang perlu mereka ambil ketika berlaku perkara yang tidak di ingini di sekolah.