Sunday, July 25, 2010

Gotong Royong Perdana Sk Bangi



















Tarikh : 24 Julai 2010
Jam : 7.45 - 12.30
Guru + Pekerja + Staf sokongan + pekerja kantin = 80
Murid : Tahao 2 = 300
Ibu Bapa : 20
KUIS : 50 orang


Objektif :
1. melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimun
2. meningkatkan kerjasama dan penglibatan semua pihak dlm prog kebersihan dan keceriaan sekolah iaitu guru, murid, ibubapa, pekerja keberishan, pengawal keselamatan, pekerja kantin sekolah , staf sokongan dan pelajar KUIS
3. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan keceriaan serta menghargai kemudhan yg disediakan
4. Mengembling tenaga bagi memastikan SK BAngi -Sekolah Bebas Denggi



Gabungan Unit 3K , Kemahiran Hidup dan Sivik Kewarganegaraan.











Pelajar KUIS bersama pelajar SK Bangi berganding bahu


En. Tumirin bersama pelajar





antara pelajar KUIS yang hadir




Pekerja Swasta bersama murid sk bangi

Kawasan yang sudah dicat

Wednesday, June 2, 2010

Lawatan ke rumah Shah Aidil

Warga sekolah turut merasa sedih di atas kehilangan bapa kepada murid kami Shah Aidil 6 Neptune minggu lepas. Untuk itu, pihak sekolah mengumpul derma kilat untuk.

Puan Norazlina menyampaikan sedikit sumbangan dari murid-murid dan guru bagi meringankan beban keluarga.


Puan Nor Azlina sedang menyampaikan sumbangan dari pihak sekolah

Wednesday, May 26, 2010

Dekati Al-Quran, Hidup kan Tenang


"Alaa bizikrillahi tath ma'innul quluub" Ketahuilah bahawasanya dengan mengingati Allah, hati itu akan tenang.

Sunday, May 23, 2010

Respon Program Keibubapaan

Seorang murid darjah 6, Fatihah menulis respon berkenaan Program Bengkel yang berlangsung selama seperti berikut :

"Bagi pendapat saya, program ini agar dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa akan datang, supaya kita tidak lupa kebesaranNya, harap siapa yang ada masalah dengan ibu bapa, harap datang...supaya dengar adanya mendengar ceramah itu...anda boleh mengubah sikap anda..siapa yang datang mesti best, rugi siapa yang tak datang, Thank You for all teachers, kerana dapat hadirkan diri pada hari tersebut , "

Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah Hafney di SKB



Penderitaan Ketika Menagih dan Sesudah Berhenti

Dari bulan Mei, saya menghubungi Tuan Hafney untuk menyampaikan ceramah kepada anak didik saya di Bangi Lama.

Namun hanya hari ini (21 Mei 2010), ianya menjadi kenyataan. Kerana beliau sedang sibuk bergerak dengan satu kaki ke seluruh Malaysia untuk menyampaikan ceramah di pusat2 serenti.

Walaupun kali ini, ceramah beliau terpaksa disampaikan sambil duduk, tidak lagi berdiri dek kerna kakinya kananya dipotong, namun keindahan jalan cerita, ketebalan pengajaran yang sarat dengan hikmah, tidak boleh menipiskan semangat pendengar untuk terus menjadi audien hingga tamatnya program.

Mengawali ceramah, "malam tadi saya bangun jam 4, memikirkan... apakah bahasa yang akan saya gunakan hari ini, kerana audien saya hari ini ialah murid sekolah rendah tahun 5 dan 6. Saya biasa berceramah didepan mahasiswa, pelajar universiti, pensyarah dan Menteri, tetapi dengan budak sekolah, ini baru kali pertama.

Kisah Hidup Hafney sebagai Penagih, Fasa PraPenagihan

Bermula dari usia 12 tahun, ketika di sekolah rendah, awalnya dirinya berjinak-jinak dengan rokok. Sampai ke tingkatan 1, perangai nakal terbawa-bawa dan semakin menjadi-jadi. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menjadi penagih dadah yang bangsat. Sehingga dikatakan membawa sial ke dalam keluarga.


Bersambung...sedang edit lagi

Tahniah : Bengkel Keibubapaan



23 Mei 2010. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ibu bapa yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi anak, sanggup hadir dan duduk di dalam dewan ini selama 5 jam tanpa bergerak.

Sekalung penghargaan juga buat penceramah jemputan, En.Bahrin bin Sabar dan En.Salim bin Puteh yang telah sama-sama menyampaikan ceramah tadi.

Dalam program setengah hari ini, ibu bapa diminta melukis wajah pasangan masing-masing dan tuliskan 3 sebab kenapa anda memeilih si dia sebagai pasangan hidup anda.


Sementara itu, para pelajar diminta menulis surat wasiat. Sebelumnya mereka diminta menulis semua kata-kata ibu bapa yang menyebabkan mereka sakit hati, yang sifatnya tidak layak didengar dan disebut.

Kami dapati ada kalimat yang sering juga di biasakan oleh bapa, antaranya, anak haram, bodoh, bengap, bodoh, anak sapa kau ni ha?, Malas sekolah, kahwin dengan Bangla. Penceramah mengingatkan agar berhenti dari menggunakan kata-kata itu lagi. Sebab ayahlah, ada anak sampai membunuh diri.



Sebahagian ibu bapa cemerlang yang hadir.




En.Bahrin dan Cikgu Hisham sempat bersama dalam rombongan ke Vietnam 2008

Bagi yang tidak hadir...tapi ingin mendengar ceramah ini...sila klik disini

Terima Kasih atas Respon dari En.Hanafiz Burhanudin

Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang terlibat dalam menjayakan bengkel keibubapaan.saya sebagai seorang bapa sangat terharu /gembira kerana dijemput menghadiri bengkel tersebut walaupun duduk selama 5jam tanpa rehat tetapi objektif bengkel ini insyaallah sampai kepada murid-murid,ibubapa secara tak langsung kepada guru sekali.tahniah diucapkan sekali lagi,saya berharap program ini akan diadakan lagi bagi mengingatkan kita yang selalu lupa dengan KEBESARANNYA.